Breaking





Friday, August 3, 2018

Apakah itu ONEXOX BLACK?

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih yang biasa terdapat, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih didalam industri telekomunikasi. Alangkah baiknya jika kesemua data, minit dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa kehadapan selamanya! #TIADAPEMBAZIRAN! Juga bermaksud anda boleh terus bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti untuk mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

1. Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?

TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

2) Bolehkah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada menaik taraf ke pelan BLACK?

Boleh. Sila rujuk pada soalan no.3

3) Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?

PELANGGAN BAHARU:

▪ Dapatkan secara online di ONEXOX ONLINE STORE atau,
▪ Hubungi pengedar sah ONEXOX BLACK disini: http://OnexoxAuthorisedDealer.wasap.my

PELANGGAN SEDIA ADA (tukar pelan/COBP):

▪ Hubungi pengedar sah ONEXOX BLACK disini: http://OnexoxAuthorisedDealer.wasap.my




4) Berikut antara pelan-pelan ONEXOX BLACK. Pelan didatangkan bersama data, minit dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan. Sila rujuk jadual:




5) Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?

Maksimum 100GB

6) Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?

▪ Untuk minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya. Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi ‘Happy Hour’ (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).

▪ Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.

▪ Untuk data, tiada kadar ‘pay per use’ dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi ‘Happy Hour’ atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat. Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.

7) Adakah terdapat penyata bulanan dalam bentuk salinan digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?

▪ Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa bayaran.
▪ Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

8) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.

9) Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?

• Pembayaran Online @ selfcare.xox.my
• Berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan atau melalui dealer-dealer ONEXOX yang sah
• Pembelian baucar tambah nilai di :



10) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
▪ Digantung : Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
▪ Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

11) Menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX dengan nombor yang sama.
▪ Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ‘loyalty point’) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun prabayar ONEXOX.
▪ Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan prabayar ONEXOX.





OR

OnexoxBlack Whatsapp